NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPBM akan lebarkan sayap ke Sarawak



PETALING JAYA - PPBM bercadang melebarkan sayapnya ke Sarawak bagi memenuhi permintaan rakyat negeri itu yang mahukan parti itu bertapak di sana.

Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu juga seiring dengan situasi semasa di negeri itu yang mana parti-parti politik dalam Pakatan Harapan seperti PKR dan Amanah telah berada di sana selain parti PAS.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa PPBM tidak akan ke Sabah kerana negeri itu sudah mempunyai Parti Warisan Sabah yang dianggap sebagai parti sahabat kepada PPBM dan Pakatan Harapan.

"Buat masa ini, keadaan di Sarawak adalah semua parti Sarawak membentuk gabungan mereka sendiri. Jadi, memandangkan PKR ada di sana, Amanah ada di sana, malah PAS pun ada di sana, kami berpendapat adalah wajar untuk kami (PPBM) ke sana," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, PPBM turut menerima banyak permintaan daripada anggota UMNO untuk menyertai parti itu. - Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo