PKR paling banyak kerusi kabinet?



KUALA LUMPUR: PKR dijangka memperoleh paling banyak jawatan dalam Kabinet yang dijadualkan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Isnin depan.

Berdasarkan senarai barisan Kabinet yang viral, PKR yang mempunyai 49 kerusi Parlimen dijangka mengisi lapan kementerian, termasuk empat yang sudah diisi, diketuai Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti itu juga diberikan lapan kerusi Timbalan Menteri, menjadikan PKR memiliki kerusi Menteri dan Timbalan Menteri terbanyak berbanding tiga rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperoleh dua lagi jawatan Menteri dan tiga Timbalan Menteri dalam baki senarai Kabinet dan Timbalan Menteri.

Tambahan kementerian itu menjadikan PPBM yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai enam kementerian dan mengisi tiga jawatan Timbalan Menteri.

DAP pula mengetuai enam kementerian, selain enam jawatan Timbalan Menteri, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanggungjawab terhadap lima kementerian dengan lima jawatan Timbalan Menteri.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut diberikan tiga kerusi Menteri dan dua Timbalan Menteri bagi memastikan Kabinet turut diwakili dari negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH yang bertanding atas tiket PKR memenangi 104 daripada 208 kerusi Parlimen yang ditandingi empat parti itu.

Daripada jumlah itu, PKR menguasai 49 kerusi Parlimen dengan penambahan 19 kerusi, berbanding 30 kerusi yang diraih pada PRU-13, manakala DAP memperoleh 42 kerusi, tambahan empat kerusi berbanding pilihan raya lima tahun lalu.

PPBM dan AMANAH turut membuat kejutan sebagai parti serpihan yang julung kali bertanding pada PRU apabila masing-masing memenangi 10 dan 12 kerusi Parlimen.

WARISAN yang diasaskan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengusai lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Senarai barisan Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamed, berdasarkan kompisisi parti dalam Pakatan Harapan

1. PKR



Menteri

Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Zuraidah Kamaruddin
Menteri Luar Negeri - Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Kerja Raya - Baru Bian
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr A Xavier Jayakumar


Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat - R Sivarasa
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Kamaruddin Jaffar
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Eddin Syazlee
Timbalan Menteri Pertanian - Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri Kesihatan - Dr Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Bakhtiar Wan Chik
Timbalan Menteri Industri Utama - Shamsul Iskandar Md Akin
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) - Fuziah Salleh



2. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)



Menteri

Perdana Menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad
Menteri Dalam Negeri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran - Dr Maszlee Malek
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat - Rina Mohd Harun
Menteri Belia dan Sukan - Syed Saddiq Syed Abd Rahman
Menteri Pembangunan Usahawan - Redzuan Yusof



Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Amiruddin Hamzah
Timbalan Menteri Wilayah - Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) - Dr Md Farid Md Rafik


3. DAP



Menteri

Menteri Kewangan - Lim Guan Eng
Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Gobind Singh Deo
Menteri Tenaga Manusia - M Kulasegaran
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar - Yeo Bee Yin
Menteri Industri Utama - Teresa Kok


Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalan Menteri Pelajaran - Teoh Nie Ching
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr Ong Kian Ming
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Chong Chieng Jen
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji


4. Parti Amanah Negara
Menteri

Menteri Pertahanan - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian - Salahuddin Ayub
Menteri Kesihatan - Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Wilayah - Khalid Samad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa


Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dr Ahmad Termizi Ramli
Timbalan Menteri Tenaga Manusia - Datuk Mahfuz Omar
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan - Dr Mohd Hatta Ramli
Timbalan Menteri Kerja Raya - Annuar Tahir
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) - Mohamed Hanipa Maidin



5. Parti Warisan Sabah
Menteri

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Mohamad Din Ketap
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Darell Leiking
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong


Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Aziz Jamman
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar - Isnaraissah Munirah Majilis
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget