NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pkr buat laporan isu solat Jumaat ditukar pada hari Sabtu

0

PERMATANG PAUH-  PKR Permatang Pauh menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan isu solat Jumaat ditukar kepada hari Sabtu yang tular di Facebook dan beberapa media sosial.

Ketua Cabangnya, Amir Ghazali berkata, pada masa sama, pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memainkan peranan kerana isu berkenaan dibimbangi boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Katanya, walaupun ketika ini isu berkenaan tidak berlaku, namun langkah awal perlu diambil pihak berkuasa menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

“ Kami harap kerajaan menerusi kementerian berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pandang serius isu ini,”katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Permatang Pauh, Saiful Reza Saiful Azmi berkata, pihaknya membuat laporan supaya polis dapat menyiasat tindakan kolumnis, Farouk A. Peru yang menyiarkan isu berkenaan menerusi portal berita.

“Kenyataan berkenaan telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Saya berharap polis juga dapat menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook iaitu Rakyat Malaysia Sejahtera yang mencipta pelbagai rekaan grafik bertujuan memanaskan isu ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan isu berkenaan telah menimbulkan persepsi yang mana Kerajaan Pakatan Harapan menyokong konsep liberal sedangkan ia tidak benar.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/pkr-buat-laporan-isu-solat-jumaat-ditukar-pada-hari-sabtu-1.699756

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo