Pilihanraya Presiden Mexico: Calon kiri mendahului



Berbaki seminggu lagi sebelum pemilihan presiden dijalankan, calon dari sayap kiri, Andres Manuel Lopez Obrador, dilihat mendahului pencabarnya menerusi tinjauan yang dijalankan firma Consulta Mitofsky.

Tinjauan itu mendapati Lopez Obrador, bekas datuk bandar Bandaraya Mexico, memperoleh 37.7 peratus sokongan, peningkatan sebanyak 0.5 mata peratusan berbanding tinjauan pada awal bulan ini.

Sokongan terhadap saingan terdekat beliau, Ricardo Anaya yang mengetuai gabungan sayap kiri dan kanan, menunjukkan penurunan dengan undian sebanyak 20.0 peratus berbanding 20.3 peratus sebelum ini.

Tinjauan di seluruh negara itu membabitkan 1,000 responden, bermula 16 hingga19 Jun.

Sementara itu, sokongan terhadap calon parti Institusi Revolusi (PRI) Jose Antonio Meade, meningkat 17.7 peratus berbanding 17.1 peratus.

Calon keempat, Jaime Rodriguez menerima 3.1 peratus iaitu penurunan sebanyak sepuluh mata peratusan.


Pilihan raya presiden dijadual berlangsung pada 1 Julai.

Lopez Obrador, 64, telah bertahun-tahun berusaha untuk menyatukan parti-parti, termasuk Parti Tindakan Kebangsaan (PAN) yang memerintah Mexico dari tahun 2000 hingga 2012.

Anaya, bekas pemimpin PAN, tidak dapat sokongan dan menghabiskan banyak masa dalam kempennya bagi mempertahankan diri daripada serangan PRI.

- Bernama-Nnn-Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

Mari berdoa agar lelaki ini tidak menang

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget