Peruntukan wakil rakyat: Jangan ikut jejak langkah BN


By: Bernama

KUCHING: Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit menyarankan agar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membahagikan peruntukan yang sama rata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira daripada parti pemerintah ataupun pembangkang.

"Pakatan Harapan (PH) tidak harus mengikut jejak langkah Barisan Nasional (BN) mentadbir Malaysia. Mereka haruslah membuktikan bahawa mereka adil dan saksama kepada semua wakil rakyat tanpa mengira daripada parti pemerintah mahupun parti pembangkang," katanya.


Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk Anggota Parlimen kerajaan, RM100,000 untuk Anggota Parlimen pembangkang serta peruntukan RM200,000 untuk pusat khidmat Anggota Parlimen akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Peruntukan untuk kawasan haruslah dibahagikan seadil-adilnya. Kita harus mencontohi sistem politik yang matang seperti di Eropah," katanya ketika dihubungi.

Begitu juga peruntukan pilihan raya, katanya, haruslah diberi kepada parti pembangkang dan haruslah dibahagikan secara sama rata.

Dalam satu perkembangan lain, Dr Mahathir hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa dan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.
Dr Mahathir tiba kira-kira 9.40 pagi.

Turut kelihatan memasuki bangunan Kementerian Kewangan ialah Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara yang melibatkan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget