Perang Dagangan Oleh Amerika Tidak Akan Jejas Malaysia



oleh: MAZLI NOOR
19 Ramadhan 1439H
4 Jun 2018

PAS sedang memerhati dan meneliti perkembangan terkini pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Kanada, Mexico serta Kesatuan Eropah. Ini lanjutan tindakan terbaharu AS yang mengenakan tariff impot sebanyak 25% keatas barangan besi dan 10% ke atas barangan aluminium yang diimpot daripada negara-negara tersebut. Laporan terbaharu menyatakan bahawa negara-negara terbabit sedang merangka tindak balas bagi melindungi ekspot mereka.

Walaupun Malaysia tidak terlibat di dalam pertikaian ini, namun sebagai sebuah negara perdagangan yang bergantung kepada ekspot, akan ada kesan jangka panjang kepada ekonomi Malaysia sekiranya pertikaian ini berpanjangan.

AS bukanlah rakan dagangan utama Malaysia. Mengikut statistik daripada MATRADE, rakan dagangan terbesar Malaysia adalah Singapura pada 13.5% diikuti oleh China yang menyumbang 12.3% dan AS sebanyak 9.3%. Manakala lima ekspot utama terbesar Malaysia pula adalah barangan elektrik dan elektronik pada 36.6%, kimia dan barangan kimia (9.5%), barangan petroleum (6.9%), minyak sawit (5.3%) dan perkakas mesin dan peralatan (4.8%).

Melihat kepada konfigurasi perdagangan Malaysia ini, maka PAS menjangkakan pertikaian antara AS dan blok tersebut tidak akan mendatangkan kesan dalam tempoh terdekat kerana ianya hanya melibatkan besi dan aluminium. Namun apa yang dibimbangi adalah sekirannya pertikaian ini berpanjangan sudah tentu AS juga akan bertindak kepada sekutu dagangan blok tersebut bagi tujuan memberi tekanan dan ini juga berkemungkinan boleh melibatkan Malaysia juga.

Buat masa ini, PAS berpandangan Kerajaan perlu untuk merapatkan lagi hubungan dengan blok tersebut, terutamanya China, kerana dalam situasi yang sedang berlaku sekarang, sudah tentu mereka memerlukan rakan dagangan baharu yang boleh menyumbang pasaran yang lebih terjamin.

Disamping itu PAS juga menyarankan kepada Kerajaan supaya memperkukuhkan lagi blok ekonomi serantau sepertimana AEC dan RCEP. ASEAN dengan saiz penduduk melebihi 600 juta sudah cukup untuk menyediakan pasaran kepada Malaysia dalam memastikan pertumbuhan dagangan dan ekonomi Malaysia secara progresif. Orientasi AEC dan RCEP yang lebih bersifat Asia juga akan mampu mewujudkan suasana kerjasama ekonomi yang lebih harmoni dan hormat menghormati sesama negara ahli.

Sekian.

MAZLI NOOR adalah Timbalan Pengerusi  Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget