Peranan Rakyat Dalam Malaysia Baru



1. Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lepas menyaksikan 14,940,624 pengundi disenaraikan layak mengundi dan dari angka itu 12,229,514 pengundi telah menunaikan tanggung jawab dalam PRU14. Tahniah kepada 82.32% pengundi yang telah menyertai pesta demokrasi ini.

2. Melihat kepada keputusan PRU14 yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH), berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di 8 buah negeri menunjukkan majoriti pengundi memilih untuk mengundi PH. Walaupun undi popular PH hanya 43% namun pecahan undi antara Barisan Nasional (BN) 37% dan Gagasan Sejahtera (GS) 19% memberikan kelebihan kepada PH. 

3. Faktor yang jelas kelihatan menyumbang kepada kemenangan PH adalah "tsunami anti-najib". Penolakan besar besaran terhadap Dato Seri Najib (DSN) menjadi punca tumbang BN. Rakyat sudah muak dengan kes seperti 1MDB, SRC International, TRX dan sebagainya yang membuka mata rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada Parti lain yang dominan untuk menjatuhkan BN. Dalam kes ini, GS di Pantai Timur, PH di Pantai Barat. Namun apa yang jelas adalah kuasa rakyat telah menentukan keputusan Pilihanraya kali ini sehingga BN yang memerintah negara selama 61 tahun tersungkur menyembah bumi. 

4. Maka kuasa rakyat ini perlu diteruskan dalam memantau perjalanan Kerajaan Pusat dan Negeri. Rakyat tidak boleh selesa dengan jatuhnya BN sahaja. Ia akan membawa kepada mewujudkan BN 2.0. Rakyat perlu matang dalam menerima sebarang maklumat yang diberikan kerajaan. Umpama Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat, kita perlu kritis dan teliti terhadap sebarang maklumat yang diberikan. Sekiranya tindakan Kerajaan Pusat atau Negeri tidak menguntungkan rakyat, maka rakyat perlu berani bersuara dan mempersoalkan kerajaan. 

5. Pelaksanaan manifesto dan janji pilihanraya perlu dipantau oleh rakyat. Mengunakan alasan hutang negara sebagai lesen untuk tidak melaksanakan manifesto dan janji pilihanraya adalah budaya yang tidak baik. Sekali lagi ia akan membawa kepada BN2.0. Ketika berkuasa BN sentiasa menaburkan janji pilihanraya namun tidak melaksana janji tersebut selepas menang. Ahli politik yang gagal dengan janji yang ditawar perlu bertanggungjawab atas kegagalan itu. Sebagai contoh Ahli Parlimen di Selatan pernah berjanji bahawa tol akan dihapuskan menjelang hari raya. Sekiranya tidak dihapuskan, rakyat boleh menuntut kepada beliau. Namun selepas pilihanraya, posting itu dipadamkan. Tiada langsung permohonan maaf kepada rakyat yang mengundi beliau. 

6. Budaya mengecam ahli parti yang menegur partinya yang dilihat menyimpang perlu ditolak. Rakyat tidak mengira penyokong kerajaan ataupun pembangkang perlulah memainkan peranan "check and balance" kepada kerajaan yang memerintah. Parti yang memerintah perlu sedar, sekiranya mereka tidak menjaga kepentingan rakyat, maka PRU15 rakyat akan menolak mereka pula. Inilah peranan baru rakyat didalam Malaysia Baru yang sama sama kita bina. 


Nurul Islam Mohamed Yusoff
01062018
Gombak, Selangor.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1057964167692729&id=208838395938648
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget