NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengasas Casio Computer meninggal dunia



PENCIPTA kalkulator elektronik kompak 14-A, Kazuo Kashio yang juga memperkenalkan jenama jam G-Shock, meninggal dunia pada usia 89 tahun, Isnin lalu.

Beliau juga adalah presiden ketiga merangkap ketuapegawai eksekutif Casio Computer Co Ltd dan anak ketiga daripada empat beradik Kashio yang mengasaskan syarikat Jepun itu pada 1957.


Casio dalam satu kenyataan berkata, Kashio meninggal dunia akibat penyakit radang padu-paru pada 11.35 malam, 18 Jun lalu.

Kazuo juga pernah mengetuai pasukan pembangunan kalkulator Casio Mini yang kini digunakan secara meluas pelajar di sekolah.

Graduan Universiti Nihon, Jepun ini berkhidmat selama 27 tahun sebagai Presiden Casio dan bertanggungjawab terhadap pengenalan jam tangan G-Shock dan kamera digital.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/06/350532/pengasas-casio-computer-meninggal-dunia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo