NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penerbangan pertama jemaah haji pada 14 Julai


SEPANG, 22 Jun (Bernama) -- Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 14 Julai ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata penerbangan pergi terakhir pula ialah pada 15 Ogos, manakala penerbangan pulang dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 Sept.

"Sebanyak 81 penerbangan sewa khas akan digunakan bagi operasi haji tahun ini, menggunakan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan 41 pesawat Flynas.

"Jenis-jenis pesawat yang akan digunakan ialah A380 bagi MAB manakala Flynas pesawat B747 dan A330," katanya pada sesi taklimat operasi Haji 1439H di Kompleks TH, di sini hari ini.

Beliau berkata kuota haji rasmi tahun ini kekal 30,200 jemaah dengan dengan kadar bayaran turut kekal pada RM9,980 seorang, walaupun kos keseluruhan haji meningkat 15 peratus iaitu RM22,250 berbanding RM19,550 tahun lepas.....

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo