Pemilihan Umno: Senarai calon diumumkan



Dua daripada tujuh anggota Umno yang ingin mencuba nasib bersaing bagi merebut jawatan presiden parti itu 'kempunan' apabila diketepikan di peringkat saringan.

Borang pencalonan Rahmat Azim Abdul Aziz - dari Umno Kota Raja - dan Rosile Saat - Bangi - ditolak ibu pejabat Umno, menjadikan saingan untuk mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak kini hanya lima orang.

Daripada jumlah itu tiga lebih dikenali ramai, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (bekas timbalan perdana menteri), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (bekas menteri belia dan sukan) serta Tengku Razaleigh Hamzah (anggota parlimen Gua Musang dan bekas menteri kewangan).

Dua calon lain ialah Mohamed Iqbal Maricair (Umno Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (Umno Iskandar Puteri).

Dalam kenyataan mengenainya petang tadi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semua calon yang menawarkan diri disemak untuk menentukan kelayakan masing-masing.

"Senarai calon-calon bagi peringkat pusat yang telah disemak dengan Jabatan Insolvensi," katanya sambil menambah langkah lain juga diambil bagi menentukan kelayakan mereka untuk bertanding.

Untuk jawatan timbalan presiden pula, tiga nama mengemukakan borang pencalonan namun hanya dua yang diluluskan. Mereka ialah Datuk Seri Mohamad Hassan (bekas menteri besar Negeri Sembilan) dan Tan Sri Annuar Musa (ketua penerangan Umno).

Calon yang ditolak ialah Mohd Afnalizam Mohd Salim dari Umno Pekan.

Untuk saingan jawatan naib presiden pula, lebih ramai nama yang dikenali bertanding. Mereka ialah:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Datuk Seri Ahmad Said
Sheikh Razali Sheikh Hamad

Semua calon terbabit pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah Najib kecuali Tajuddin (timbalan menteri), Mohamed Khaled dan Ahmad (bekas menteri besar) serta Sheikh Razali.


Calon yang tidak melepasi saringan ialah Mohd Shukri Roslan dari Umno Damansara.

Umno bergelut untuk memulihkan diri selepas ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu. Ekoran kekalahan berkenaan Najib melepaskan semua jawatannya dalam Umno dan BN.

Langkah itu menyebabkan berlaku kekosongan jawatan tertinggi parti. Kali terakhir jawatan presiden Umno dipertandingkan ialah pada 1988.


Umno akan membuat pemilihan pada 30 Jun ini.

Sementara itu untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, calon yang bertanding ialah
Khairul Azwan Harun (sebelum ini naib ketua Pemuda Umno)
Datuk Dr Asyraf Wajidi Dusuki (bekas timbalan menteri)
Datuk Seri Jamal Md Yunos (ketua Baju Merah, ketua Umno Sungai Besar)
Imbran Afham Armen (Umno Bangi)
Abdul Razak Mohamed Yusof (Umno Tanjong Malim
Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan (Umno Seputeh)
Mohd Shahar Abdullah (anggota parlimen Paya Besar),
Mohd Nor Izzat Mohd Johari (Umno Hulu Selangor)
Syed Rosli Syed Harman (Umno Pandan)

Untuk Wanita Umno, sayap itu pasti akan mendapat ketua baru selepas penyandangnya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berundur.

Calon yang bertanding kali ini ialah:
Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman (bekas menteri)
Datuk Norain Ahmad (bekas ketua Puteri Umno)
Datuk Azizah Mohd Dun (Umno Sabah)

Jawatan Ketua Puteri Umno pula menyaksikan pertembungan di antara Nor Hazreena Mohamad Hashim dan Zahida Zarik Khan.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget