NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan Umno: Ku Li mohon diberi peluang pulihkan Umno


Calon Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah memohon perwakilan untuk memberi peluang satu penggal kepada beliau untuk kembali memulihkan parti itu.

Ketua Umno bahagian Gua Musang itu berkata antara cabaran utama Umno kini adalah berdepan persepsi negatif rakyat yang melihat parti itu sebagai parti yang sombong dan dikuasai oleh golongan elit semata-mata.

"Inilah bayangan dan disuarakan oleh sesetengah pihak (ketika ini terhadap Umno)," katanya kepada pemberita selepas jamuan sempena Hari Raya Aidilftri bersama perwakilan Umno Kelantan di Kota Bharu, malam ini.

- Bernama




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo