NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasca Pru15: Bahaya Besar Persempadanan Semula Berupaya Melumpuhkan Islam Dalam Jangka Masa Lama.



Oleh:Dr Ishak Ibrahim
17 Jun 2018

Saya sedang berusaha utk menyedarkan rakyat Malaysia, khususnya penyokong PAS berkenaan Persempadanan Semula yg akan dilakukan oleh PH sekiranya mereka menang Pru15 ini.

Konsep yang kemungkinan besar akan dilakukan oleh PH ialah One Vote One Value.

Iaitu satu undi di kawasan luar bandar mempunyai nilai yg sama dengan satu undi di kawasan bandar besar.

Buat masa sekarang Satu Undi di Kawasan Parlimen Melayu mempunyai hampir Tiga Kali Ganda NILAi berbanding undi di kawasan majoriti Cina.


Sebagai contoh di Selangor:

Jumlah pengundi Parlimen Sabak Bernam ialah 40,863 
Manakala jumlah pengundi di Petaling Jaya ialah 140,920 iaitu nisbah 3.5.

Dalam erti kata lain satu undi di Sabak Bernam bernilai 3.5 daripada satu undi di Petaling Jaya.

Melalui konsep 1 vote 1 value ini, Petaling Jaya patut dipecahkan kepada 3 Parlimen.


Ini akan menambah kawasan majoriti bukan Islam.

Konsep melebihkan Nilai Undi di kawasan luar bandar melebihi kawasan bandar, bukan sahaja diamalkan di Malaysia, bahkan juga diamalkan di Amerika Syarikat di mana kawasan kurang penduduk seperti Texas, nilai undi melebihi nilai kawasan penduduk padat. 

Oleh kerana itu, PH mestilah dihalang daripada memenangi Pru15. Parti-parti berasaskan Melayu Islam mesti bersatu, kerana hanya itu sahaja satu satunya jalan yang boleh menghalang PH dari memenangi pru15.

Sekiranya seseorang itu lebih takutkan UG daripada bahaya Persempadanan Semula, maka saya amat yakin bahawa dia itu adalah samada penyokong PH ataupun Geng Mesra PH.





Dr Ishak Ibrahim adalah Penganalisis Politik


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo