PAS harap kerajaan baharu beri ruang kepada RUU355

 
PAS akan menggunakan semua saluran untuk meneruskan komitmen selama ini memartabatkan institusi mahkamah syariah. 
KOTA BHARU: PAS berharap kerajaan Pakatan Harapan membuka ruang seluas-luasnya untuk merealisasikan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355) selepas tergantung pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berkata, sebagaimana dijelaskan selama ini, RUU355 bukanlah agenda PAS, mahupun mana-mana parti politik sebaliknya agenda agama yang perlu diperjuangkan bersama.

"Bukan sekadar bawa ke dalam Parlimen tapi kita harap kerajaan baharu ini buka ruang kepada media massa termasuk televisyen, supaya kita mampu beri penjelasan sebaik mungkin terutamanya kepada bukan Islam agar mereka memahami RUU355 ini," katanya kepada media.

Nik Mohamad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh mahu kerajaan memberi laluan kepada PAS memberikan penerangan secara profesional dan praktikal berkaitan perjalanan sesebuah sistem hidup di dalam Islam yang membawa kerahmatan kepada semua.

"Biar kita jelaskan kepada DAP, MIC, MCA dan kita sedia berdialog. Hatta sekiranya peluang ini diberikan tentu kerajaan yang ada tidak membawa masalah untuk DAP bagi kita meneruskan RUU355," katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga memberitahu PAS akan menggunakan semua saluran termasuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan komitmen selama ini memartabatkan institusi mahkamah syariah.

"Kita akan guna semua saluran sebab sebagaimana saya tegaskan sebelum ini RUU ini bukan agenda politik tetapi agenda kewajipan umat Islam dan semua pemimpin Islam sepatutnya terlibat dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Supaya mereka (bukan Islam) faham RUU355 ini bukan memihak kepada mana-mana pihak. Ia hanya melibatkan orang Islam sahaja. Insya-ALLAH kita doakan Pas mempunyai peluang cerah memperjuangkan RUU ini.

"Kita tidak bermusuh dengan sesiapa, kita berpegang kepada politik matang dan sejahtera. Kita utamakan perbincangan dan bermesyuarat dengan baik. Kita boleh berdialog secara harmoni," katanya. - SINAR HARIAN

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget