Pakatan Harapan Sedang Retak ? – Zahid




OLEH : SYAKIRIN DAUD

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat pelbagai masalah dalam gabungan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan pada masa kini.

Beliau berkata masalah dalam PH berpotensi untuk meruntuhkan gabungan tersebut dalam masa terdekat, justeru memberi peluang kepada UMNO untuk kembali ke Putrajaya.

"Pembentukan kerajaan bukan setakat tunggu Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) sahaja.

"Kita tahu dekat sana pun ada retak sana retak sini, yang retak pun mencari UMNO," katanya dalam satu ucapan sempena majlis tertutup UMNO di PWTC pada Isnin.

Walaubagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara terperinci permasalahan yang didakwa wujud dalam gabungan PH itu.

Susulan dakwaan krisis dalaman PH tersebut, Ahmad Zahid meminta supaya semua ahli termasuk ahli Parlimen UMNO untuk kekal di dalam parti walaupun dalam keadaan tertekan.

"Saya nak ingatkan, tertekan macam mana pun sebagai ahli Parlimen atau kalah dalam pemilihan sekalipun, sila kekal dalam UMNO supaya bila berunding, 'suara' kita kuat.

"Saya baik dengan semua orang, dengan yang baru keluar saya baik, dengan yang di Pulau Pinang pun saya baik, cuma dengan yang 'oren' sahaja saya kurang sikit, saya tahulah nak buat macam mana," katanya.

Ahmad Zahid merupakan salah seorang daripada calon Presiden yang akan bertanding dalam pemilihan pada 30 Jun ini.

Beliau akan berhadapan dengan empat calon yang lain termasuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget