NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhaimin Sulam: 'Elak tekan universiti kerana beza aliran politik'



Merit patut diberikan berdasarkan pencapaian kesarjanaan serta keupayaan mentadbir universiti dan sebarang tekanan kerana perbezaan aliran fikiran politik seharusnya dielakkan dan tidak berlaku di bawah naungan kerajaan baru, kata pemimpin AMANAH, Dr Muhaimin Sulam.

"Perjuangan menuntut dan pertahankan kebebasan universiti tidak boleh berhenti meski berlaku perubahan regim yang memerintah.

"Ini termasuk mengkritik dasar kerajaan sedia ada.

"Sebarang tekanan kerana perbezaan aliran fikiran politik seharusnya dielakkan dan tidak berlaku di bawah naungan kerajaan baru," katanya.

Bagaimanapun, Muhaimin yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Petronas berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan sebarang elemen 'bermuka-muka' dan 'bodek' di kalangan pemegang jawatan utama dalam universiti.

Merit berdasarkan kesarjanaan

"Namun kerajaan tidak boleh berkompromi pada sebarang elemen 'bermuka-muka', 'bodek' dan sebagainya yang berunsur rasuah sebagai tiket untuk mendapat jawatan utama dalam universiti.

"Universiti adalah tempat para sarjana mengadun intelektual dan membangun idealisme. Merit harus berdasarkan pencapaian kesarjanaan dan keupayaan mentadbir universiti," kata naib pengerusi AMANAH Perak itu lagi.

Semalam, Menteri Pelajaran, Maszlee Malik mengingatkan naib canselor universiti awam yang tidak sehaluan dengan kerajaan sekarang akan diberikan peluang untuk meletakkan jawatan dengan cara terhormat.

Beliau merujuk arahan kabinet awal bulan ini yang memutuskan bahawa mana-mana pengerusi dan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang merupakan lantikan politik perlu digantikan.

"Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) juga telah menyatakan pengawai-pegawai tinggi kerajaan yang tidak sehaluan dengan diminta berundur kerana dikhuatiri mereka akan merencatkan apa yang ingin dibawa oleh kerajaan, terutamanya untuk melaksanakan janji manifesto," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo