NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mereka masuk Umno bukan kerana Allah


 
Jika masuk Umno untuk menang, maka Umno boleh kalah dan sudah kalah. Yang tiga masuk Umno itu menang, tetapi Umno di negeri Johor kalah. Mereka pun cari parti yang menang. Jika menang iu kalah pula lima tahun nanti dan ditakdirkan PAS pula menang akan masuk PASkah mereka?

Oleh: SUBKY LATIF  

MENGAPA tiga Adun BN Johor, belum sempat angkat sumpah, keluar Umno untuk menyertai Bersatu dan di Perak ada yang jadi Adun Bebas?

Mereka menyertai Umno kerana Umno sentiasa menang, bukan kerana ia parti keramat memperjuangkan politik orang Melayu.

Jika masuk Umno untuk menang, maka Umno boleh kalah dan sudah kalah. Yang tiga masuk Umno itu menang, tetapi Umno di negeri Johor kalah. Mereka pun cari parti yang menang. Jika menang iu kalah pula lima tahun nanti dan ditakdirkan PAS pula menang akan masuk PASkah mereka?

Jika masuk Umno kerana ia menang, ia sudah kalah. Jika masuk dulu kerana Allah dia tidak akan kalah. Tidak diketahui yang dalam Umno sekarang kerana apa mereka masuk Umno dan bagaimana apabila Umno kalah ssekarang. Jika masuk Umno bukan kerana Allah, bila ia kalah akan habislah Umno, kalau masuk Umno itu kerana Allah seperti masuk PAS, Umno tidak habis seperti PAS payah habis.

Kalau masuk Umno kerana Allah dan kalau keluar, keluarlah kerana Allah. Atau kerana masuk Umno bukan kerana Allah, bila ia kalah boleh keluar kerana Allah tetapi bukan kerana hendak masuk Bersatu. Jika Umno ditinggalkan kerana Allah, pilihlah PAS kerana PAS ditubuhkan kerana Allah.

Tetapi ada juga orang masuk PAS bukan kerana Allah, tapi kerana mereka sendiri yang tahu. Al-Marhum Haji Hassan Adli pernah bermasalah dengan PAS hingga terlucut jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya.

Dalam ucapan penangguhannya dia berkata, “Hasan Adli masuk PAS bukan kerana Dr. Burhanuddin. Hasan Adli masuk PAS bukan kerana Zulkifli Mohamad. Hasan Adli masuk PAS kerana Islam.” Bergemuruh sorak dn takbir, Hasan Adli dinobatkan sebagai Panglima Jihad. Belum ada yang lain dari PAS jadi Panglima Jihad kedua.

Masuklah PAS kerana Allah! Kalau masuk PAS kerana Haji Yusof Rawa. Haji Yusof Rawa mati. Bila Yusof Rawa mati, ada anaknya keluar PAS. Masuklah PAS bukan kerana Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil juga mati. Bila dia mati ada anaknya tidak jadi PAS lagi. Ramai yang sangat senang dalam PAS kerana dapat bersama TG Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz juga mati. Bila Tok Guru Nik Aziz mati, anaknya lawan calon PAS di Dun Cempaka, kawasan Tok Guru dulu.

Masuklah PAS kerana Allah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersama Islam. Apabila Rasulullah SAW wafat, Saidina Umar al-Khatab mengangkat pedang berkata, siapa kata Muhammad wafat nescaya lehernya dipenggal.

Maka berkata Saidina Abu Bakar, siapa menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Siapa menyembah Allah, Allah tidak mati.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar bersama Islam bukan kerana Muhammad SAW tetapi kerana Allah. Jadilah seperti Hassan Adli jadi PAS bukan kerana Dr. Burhanuddin dan Prof. Zulkifli Mohamad tetapi kerana Islam.

Ramai anak-anak pemimpin bersama PAS kerana bapanya pemimpin PAS. Selepas bapanya tiada lagi ramai meninggalkan parti bapa mereka. Mengapa?

Antaranya mereka jadi PAS kerana bapanya. Bila bapanya sudah tidak ada, maka komitmennya pun habis. Hanya yang menyertai PAS kerana Allah kekal dalam PAS setelah perginya sekalian pemimpin PAS tadi.

Berbagai dalih diberi kerana keluar PAS, tetapi sejuta yang menyertai PAS kekal bersama PAS, setengah anak pemimpinnya saja meninggalkan PAS. Sejuta itu kekal bukan kerana dipimpin TG Haji Hadi. Jangan masuk PAS kerana Haji Hadi. Masuklah kerana Islamnya. Haji Hadi akan pergi, PAS tidak pergi. – HARAKAHDAILY 2/6/2018 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo