'Menteri PH belum hayati Malaysia Baharu' ?




Anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Rina Harun untuk menukar dasar memberikan peruntukan ke kampung-kampung di bawah negeri yang dikasai Pakatan Harapan (HARAPAN) sahaja.

Beliau berkata ia melanggar prinsip HARAPAN dan berharap Rina akan mempertimbangkan tindakan itu

"Saya minta YB tukar keputusan ini. (Tindakan) ini bertentangan dengan prinsip Pakatan Harapan.

"Kita harus jadi Kerajaan untuk semua - orang Pakatan Harapan, BN, PAS, GPS dan tiada parti," kata Nik Nazmi dalam suatu hantaran Twitter.


Saya minta YB Menteri tukar keputusan ini.

Ini bertentangan dengan prinsip Pakatan Harapan.

Kita harus jadi Kerajaan untuk semua - orang Pakatan Harapan, BN, PAS, GPS dan tiada parti.

Awal hari ini, Rina mengumumkan sejumlah RM100 juta geran akan diperuntukkan kepada kampung-kampung di semua negeri, kecuali Perlis, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak yang ditadbir parti-parti pembangkang BN, PAS dan GPS.

Rina dipetik laporan Malay Mail berkata sebanyak 16,418 kampung di seluruh negara akan mendapat manfaat program menaiktaraf kampung-kampung, terhad kepada 10,000 penerima sahaja.

Bagaimanapun, Rina memberi jaminan sedang mengkaji peruntukan ke negeri-negeri yang ditadbir pembangkang yang memerlukan masa selama sebulan.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget