NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri: Bos, 3 lagi SKMM letak jawatan



Tan Sri Halim Shafie meletak jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama tiga lagi pegawainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata surat perletakan jawatan mereka dihantar pada Isnin, 25 Jun lalu dan akan berkuat-kuasa pada 1 Julai ini.

Beliau mengesahkan ketua pegawai opeasi SKMM Datuk Mazlan Ismail juga meletakkan jawatannya. Menurut Gobind butiran lanjut akan didedahkan esok.

Halim ialah penjawat awam yang mula berkhidmat sebagai pengerusi SKMM di antara 2006 ke 2009. Beliau kemudian memimpin Telekom Malaysia sebelum dilantik pengerusi SKMM sekali lagi pada 2015.

Ketika Halim di SKMM, suruhanjaya itu berdepan dengan dakwaan bahawa salah satu kontraktornya terlibat dalam skandal kebocoran data paling besar melibatkan rekod telefon bimbit.

Tiada sesiapa yang didakwa di mahkamah berkenaan perkara ini dan Gobind berjanji untuk menyiasat kes itu selepas mengambil-alih kementerian itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo