MB Perak perlu sahkan kelulusan akademik demi imej PH.


Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu perlu mengesahkan kelulusan akademiknya demi memelihara imej bersih, profesional dan berintegriti Pakatan Harapan negeri Perak.

Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Perak pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Namun, menurut anak Perak di Perantauan Ahmad Jamali Sepihie keresahan para penduduk negeri Perak mengenai status kelulusan akademik MB Perak yang baharu ini rupanya masih berterusan.

Pada 11 Jun 2018 dilaporkan terdapat penularan di media sosial yang mempersoalkan kelulusan MB Perak sama ada beliau benar-benar berjaya mendapat Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia, sebagaimana yang telah diwawarkan di dalam profil professional di dalam Wikipedia, poster-poster di media sosial dan whatsapp.

Di media sosial, dikatakan ramai yang mengenali beliau telah mempersoal kesahihan kelulusan akademik MB Perak sebagaimana tertera di dalam poster Bernama.

Sebelum ini, Ahmad Faizal menyerahkan kepada rakyat untuk menilai kelulusan akademik yang dimilikinya ekoran tular di laman sosial pihak yang mempertikai perkara itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, terpulang kepada rakyat untuk menilai kesahihan Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia yang dimilikinya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

Tidak sukar untuk sahkan sijil akademik yang diperolehi - tunjukkan sahaja kepada media atau whatsapp dan viralkan. Matilah segala fitnah yang tersebar. Kita wajib hentikan fitnah. Bagaimanapun, masalah timbul jika tiada sijil sebenar diperolehi….

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget