NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan The Edge: Kerajaan mungkin potong gaji pengarah GLC





Kerajaan kini menimbang untuk mengurangkan gaji besar yang dinikmati pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menurut laporan The Edge.

Laporan itu berkata Majlis Penasihat Kerajaan telah meminta perincian berkenaan gaji eksekutif atasan GLC.

Rancangan itu adalah untuk memulakan "perubahan drastik" bukan saja terhadap pelantikan dan gaji pengarah GLC tetapi juga kepada agensi kerajaan, kata laporan itu lagi.

"Ada banyak agensi kerajaan, banyak pertindihan fungsi...banyak lantikan politik, maka kerajaan perlu mengambil langkah...ini isu sensitif tetapi negara perlu diberi keutamaan," kata laporan itu yang memetik sumber.

Rancangan itu di tengah-tengah usaha kerajaan untuk mengurangkan hutang kerajaan dan timbulnya persoalan gaji tinggi yang dinikmati pengarah GLC.

Laporan itu berkata Sime Darby Bhd misalnya membayar hampir RM12.44 juta kepada 12 pengarah bukan eksekutifnya pada tahun lalu.

Pengarah juga mendapat faedah lain seperti kereta syarikat dengan model BMW dan percutian ke luar negara, kata laporan itu.

Laporan itu juga berkata, syarikat lain seperti CIMB Groups Holdings membayar RM7 juta kepada 11 pengarah bebasnya manakala Tenaga Nasional Berhad membayar RM3.26 juta, pada tahun lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo