Ku Li: 'Saya takkan merayu nak minta nasihat Dr M'


Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan 'merayu' kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan nasihat jika beliau pemangku presiden Umno sekarang.

Pada sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh secara tidak langsung menempelak Datuk Seri Zahid Hamidi, yang berpotensi menjadi pesaingnya, jika beliau memutuskan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno.

Zahid, yang merupakan pemangku presiden bertemu Mahathir di Putrajaya pada 6 Jun lalu. Mahathir kemudian menjelaskan Zahid telah meminta nasihatnya tentang bagaimana mentadbir Umno.

Tengku Razaleigh enggan memberi komen secara langsung mengenai kunjungan Zahid itu, namun berkata Umno dilihat lemah jika pemimpinnya meminta nasihat dari parti lawan.

"Mengapa saya (perlu pergi dan berjumpa dengan Mahathir)? Saya mengetuai parti yang berlainan dan saya tahu beliau tidak menyokong (memberi nasihat kepada Umno), beliau telah meninggalkan Umno untuk bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya menjawab soalan jika beliau akan bertemu Mahathir kalau menjadi presiden Umno.

"Kamu boleh rumuskan sendiri, kenapa perlu saya pergi dan merayu kepadanya," soal beliau.


Minggu lalu, Tengku Razaleigh menjemput anggota parlimen Umno ke majlis berbuka puasa di pejabatnya, yang turut dihadiri oleh Zahid.

Tengku Razaleigh berkata beliau tidak bercakap dengan Zahid soal pemilihan parti dan Zahid tidak meminta beliau supaya tidak bertanding jawatan tertinggi parti.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget