NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ku Li sanggup isytihar harta sebelum pemilihan Umno


 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia mengisytiharkan harta dan diperiksa apa yang dimiliki sebelum pemilihan Umno yang dijadualkan pada 30 Jun ini.

Memetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan Ku Li berkata, kesediaannya itu untuk membuktikan beliau tidak pernah melakukan salah guna kuasa dan rasuah serta untuk dibuat perbandingan oleh ahli parti.
"Saya rela diperiksa dan saya rasa semua calon-calon yang nak bertanding dalam pemilihan Umno ini pun patut diperiksa bukan hanya di peringkat presiden tetapi peringkat lain sekalipun," katanya selepas ditemu bual dalam program khas, 100 Hari Malaysia Baharu, malam tadi.

Beliau juga menyarankan agar semua menteri dan wakil rakyat dalam Pakatan Harapan juga diperiksa pemilikan harta mereka untuk membuktikan mereka benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan rasuah.

Tengku Razaleigh bakal bersaing dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta empat lagi calon untuk merebut jawatan presiden Umno.

Selain Tengku Razaleigh, Ahmad Zahid dan Khairy, empat lagi calon yang turut menyerahkan borang untuk bertanding jawatan presiden ialah penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat dari Umno Bangi, Mohamed Iqbal Maricair dari Umno Bandar Tun Razak, dan Mohd Yusof Musa@Jamaluddin dari Umno Iskandar Puteri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo