Ku Li: Bukan 50-50, jika akar umbi desak, saya tanding


Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi bayangan kata-kata yang menyarankan beliau akan bertanding jawatan presiden parti dalam pilihan raya Umno pada 30 Jun ini.

"Ia bukan 50-50. Jika mereka (akar umbi) minta saya untuk bertanding, saya akan masuk bertanding," katanya pada sidang akhbar menjawab soalan wartawan peluangnya untuk bertanding jawatan tertinggi Umno itu.

Bagaimanapun, Ku Li turut mengakui faktor umurnya menjadi antara sebab beliau rasa tidak sesuai untuk menerajui parti itu.

"Jika saya umur 18, saya akan kahwin lagi. Sekaran saya berusia 81 tahun, saya meninggalkan kabinet pada 1985," kata anggota parlimen Gua Musang itu.

"Terdapat begitu banyak orang muda dan (pemimpin) berbakat, yang lebih berpendidikan dan mendapat pendedahan lebih baik, kita mesti membenarkan orang muda ini memimpin," katanya.


Ketika ditanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih mampu memimpin pada usia 92 tahun, Tengku Razaleigh berkata pengerusi BERSATU ialah orang yang istimewa.

Bagi dirinya sendiri, beliau akan menilai jika calon untuk jawatan presiden mampu mengurus Umno dengan baik sebelum mengumumkan keputusannya sendiri untuk bertanding.

"Bersabarlah," katanya, sambil menjelaskan beliau mempunyai beberapa hari sebelum membuat keputusan sehingga tarikh tutup pencalonan pemilihan Umno pada 17 Jun 2018.

Terdapat ura-ura Tengku Razaleigh akan mengumumkan pencalonan dirinya sebagai presiden pada majlis dialog pasca PRU14 yang akan diadakan pada 11hb Jun ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget