KPKT Fokus Bantu Golongan B40 Miliku Rumah Pertama


KUCHING – Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menyelesaikan masalah perumahan bagi golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata fokus utama KPKT adalah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar bandaraya seperti Kuching, Bintulu dan Miri.

“Setakat ini, kira-kira 4, 866 buah keluarga daripada penempatan setinggan di Kuching tiada tempat tinggal yang tetap.


“Jadi mereka inilah yang memerlukan sebuah rumah, KPKT ingin membantu mereka dan adalah menjadi keutamaan kami untuk menyediakan rumah pertama kepada golongan ini. Apa yang penting adalah mereka harus bersedia untuk tinggal di luar kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak perumahan PPR Sungai Tengah fasa dua di Matang hari ini. Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Hui Hian.

Zuraida berkata, selain membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah, KPKT juga memberikan focus untuk membantu golongan keluarga muda untuk memiliki rumah pertama.

“Tidak ketinggalan adalah golongan keluarga muda yang mahu memiliki rumah sendiri yang tergolong dalam kelompok isi rumah berpendapatan rendah (B40). Adalah menjadi harapan KPKT di masa akan datang untuk menaiktarafkan rumah jenis kos rendah di seluruh negara,” katanya.

Selain Selangor, Sarawak adalah negeri kedua yang menyediakan pembiayaian bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah melalui Program Pinjaman Mutiara (Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd).

Dalam program tersebut kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah wang pendahuluan bagi keluarga yang tidak mampu membuat pembayaran deposit. – BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget