Kit Siang: AG Letak jawatan atau dipecat



KUALA LUMPUR – Pe­mimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara secara rela atau bakal menghadapi risiko dipecat.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, tindakan Mohamed Apandi melambatkan peletakan jawatan hanya akan mengakibatkan beliau menanggung malu pada kemudian hari.

"Mohamed Apandi tidak seharusnya memperalatkan kelemahan Perlembagaan atau sengaja melengahkan peletakan jawatan beliau kononnya untuk meneruskan khidmat.

"Apa yang dia fikir dia akan dapat dengan memanjangkan kebuntuan Perlembagaan sedemikian?" soalnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas Kit Siang, tindakan Mohamed Apandi yang masih enggan melepaskan jawatannya sejak tiga minggu lalu adalah sesuatu yang tidak bagus.

Peguam Negara tersebut telah diminta oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bercuti bagi memudahkan siasatan berkaitan skandal syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Mohamed Apandi didakwa membersihkan nama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah laku berhubung kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, yang mana siasatan antarabangsa mendapati ia berasal daripada 1MDB.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget