Khaled: Guan Eng lupa pendirian 'saya bukan Cina...'


Umno Johor turut tampil menghentam Menteri Kewangan Lim Guan Eng susulan isu kenyataannya yang menggunakan bahasa Cina.

Pengerusikannya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan sama ada Lim sudah lupa pada pendiriannya ketika mula-mula dilantik ke jawatan itu yang menegaskan beliau "bukan seorang Cina, tetapi rakyat Malaysia".

"Lebih teruk, beliau sendiri yang sebelum ini, semasa dipertikaikan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan, dengan lantang mengatakan bahawa 'I am not Chinese, I am Malaysian'.

"Jika tindakan tersebut bukan sekadar satu gimik politik yang penuh kepura-puraan, sebaliknya bertujuan menunjukkan semangat kebangsaan dan nilai beliau sebarang seorang warga negara Malaysia, mengapa ia tidak diterjemahkan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh.

"Namun, hari ini, selepas memegang jawatan dan menjalankan tugas-tugas rasmi Kerajaan, beliau dengan mudahnya melupakan pendirian dan dakwaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjawab kritikan Facebook pro-BN, Friends of BN, Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam tadi untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.

Ini menimbulkan kritikan meluas, termasuk bos pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin yang berpendapat semua kenyataan di Malaysia hendaklah mengutamakan bahasa Melayu, diikuti Inggeris dan bahasa lain jika perlu.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget