NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pemuda: Syed Saddiq Ucap Tahniah Pada Asyraf


Kemenangan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang dipilih menerajui sayap Pemuda UMNO yang baharu telah menarik perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Melalui Twitter beliau, Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu mengucapkan tahniah kepada Asyraf.

Dalam tweetnya, Syed Saddiq berkata: "Tahniah @drasyrafwajdi (42 thn) dipilih sebagai Ketua 'Pemuda' UMNO".

Beliau juga melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Asyraf bagi menjayakan agenda belia.

Asyraf akan memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2018-2021 - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo