NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Terengganu Perkenal PITAS 2030



BANGI: Kerajaan baharu Terengganu telah memperkenalkan satu Pelan Induk Terengganu Sejahtera atau singkatannya PITAS 2030.

Menurut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bagi mencapai Terengganu Sejahtera pada tahun 2030 berteraskan lapan sasaran pencapaian penting di dalam lima fokus utama.

"Semua ini dibangunkan dengan tujuh prinsip PITAS iaitu pematuhan kepada prinsip Islam, insan berkualiti aset penting negeri, kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat, pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat, pembangunan lestari yang mencakupi tiga elemen utamanya alam sekitar, masyarakat dan ekonomi yang berteraskan Islam, kerajaan negeri sebagai pemandu, pemudahcara dan pemantau kepada swasta dan rakyat dalam menjayakan pelan pembangunan negeri dan pengasingan fungsi di antara badan politik dan kuasa ekonomi di mana badan politik sebagai penentu hala tuju negeri, perancang program dan pemantau. Kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan syarikat pelaksana," katanya ketika berucap di majlis buka puasa perantau anak Terengganu bersama Menteri Besar di sini petang tadi.


Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Yahya dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menjadi penasihat ekonomi bagi negeri Terengganu.

Katanya lagi, berdasarkan kerangka inilah kita akan sama sama bekerja membangunkan Terengganu.

"Kerajaan baharu ini membawa agenda yang lebih besar kepada rakyat Terengganu," katanya lagi.

Katanya, kita bukan sekadar memberikan manifesto yang bersifat jangka pendek tetapi kita juga membawa visi yang lebih besar untuk rakyat.

"Kita memberikan penyelesaian yang bersifat systemic bersistem dan bukannya sekadar symptomatic atau hanya menyelesaikan isu tetapi tidak punca masalah, " tegasnya lagi.

Dr Samsuri dan para jemputan berbuka puasa dengan 5,000 orang perantau anak Terengganu selepas majlis dialog. Yang menariknya mereka makan sambil bersila di atas permaidani dalam dewan di Bangi Convention Centre.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo