NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemelut perlantikan Peguam Negara..




Aspek Perundangan

1. Peguam Negara dilantik dibawah Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yg memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri (PM), melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara (AG) bagi Persekutuan.


2. Namun begitu sblm perlantikan AG baru boleh dibuat AG yg sediada perlu meletakkan jawatan atau dipecat terlebih dahulu.

3. Perkara 145(5) memperuntukkan dan 
tertakluk kepada Fasal (6), AG hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh YDPA.

4. Di bawah Perkara 145 (6) pula menyatakan AG sebaik sebelum permulaan kuatkuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

5. Fasal (6) ini menyatakan mengenai kedudukan AG yang dilantik sebelum 16 September 1963. Maka ianya hanya terpakai kpd AG yang berkhidmat sebelum Perkara 145 (yang ada sekarang) berkuatkuasa. Perkara 145 yang asal telah dipinda. Pindaan itu berkuat kuasa pada 16 September 1963 melalui seksyen 26 Akta 10/1963. Pindaan itu, sekali gus menggantikan Perkara 145 yang dimaktubkan dalam perlembagaan bermula 31 Ogos 1957 itu.

6. Sblm berkuatkuasa pindaan Perkara 145 pd 16.9.1963, AG tidak boleh ditamatkan perkhidmatan atau dipecat, melainkan dengan prosedur serupa dengan pemecatan Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu menurut Perkara 125 hendaklah melalui saranan atau syor sebuah tribunal yang ditubuhkan YDPA atas nasihat PM.

7. Jadi kedudukan undang-undang ketika ini tidak perlu kepada penubuhan tribunal memberikan saranan atau syor utk memecat AG tetapi kuasa penuh adalah kpd YDPA.

Persoalannya adakah dlm pemecatan AG, YDPA bertindak atas nasihat (arahan) PM?

8. Wajar diteliti Perkara 40(1) yang memperuntukkan YDPA pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi YDPA berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

9. Manakala di bawah Perkara 40(1A) menyatakan pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika YDPA dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, YDPA hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

10. Perkara 145(5) tidak menyatakan YDPA hendaklah bertindak atas nasihat PM berkaitan pemecatan AG seperti yg dinyatakan di dalam Perkara 40(1A) BERBEZA dengan Perkara 145(1) berkaitan perlantikan AG yg jelas menyatakan YDPA bertindak atas nasihat. Maka YDPA sememangnya mempunyai budibicara berkaitan pemecatan AG dan selama mana AG akan kekal di dalam jawatannya.

11. Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi Ali enggan meletakkan jawatan sebagai AG, YDPA sahaja berhak untuk memecat beliau dan YDPA tidak perlu mendengat nasihat PM berkaitan pemecatan tetapi wajib mendengar nasihat berkaitan perlantikan AG.

12. Atas sebab itulah ada sesetengah pihak memberikan tekanan agar TS Apandi meletakkan jawatannya tanpa perlu dipecat.

13. Ramai pihak yg mempersoalkan hak YDPA utk tidak melantik Tommy Thomas, satu-satunya nama yang disyorkan atau dinasihatkan oleh Tun Mahathir selaku PM kpd YDPA sebagai AG yg baru namun terlepas pandang bahawa YDPA belum perkenan untuk memecat TS Apandi Ali sehingga berpuashati dgn cadangan AG yang baru utk menggantikan AG sediada..

14. Saya berpendapat perlu ada satu pindaan dibuat kepada Perlembagaan bagi menentukan prosedur jelas berkaitan pemecatan dan perlantikan AG bagi mengelakkan permasalahan tafsiran peruntukkan Perlembagaan berkaitan AG sehingga Mahkamah Persekutuan membuat tafsirannya terutamanya Perkara 145(5).

15. Selagi ianya tidak berlaku saya berpendapat YDPA mempunyai budibicara penuh dlm soal pemecatan AG sblm isu perlantikan AG yg baru boleh berlaku.

16. Nampaknya YDPA guna budibicara pemecatan di bawah Perlembagaan sbb belum berpuashati dlm perlantikan AG yg baru..

Adnan Seman adalah Peguambela & Peguamcara

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo