[Kemaskini] Pelancongan: Terengganu Diiktiraf Destinasi Mesra Muslim



Kerajaan PAS Negeri Terengganu memberi jaminan untuk terus komited bagi menggiatkan perancangan dan pelaksanaan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu.

Terengganu sebenarnya banyak kapasiti pelancongan yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan yang terkemuka di dunia. Sektor pelancongan Terengganu sekali lagi mencatat kejayaan apabila diiktiraf sebagai ‘Destinasi Mesra Muslim’, selain Banda Acheh, Indonesia.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, "kalau diikutkan, Terengganu mempunyai tarikan pelancongan serba lengkap dengan jajaran pantai dan pulaunya yang tercantik, alam semula jadi yang memukau selain terkenal sebagai tapak penyebaran Islam.

Beliau berkata, “pengiktirafan Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) daripada Universal Crescent Standard Center (UCSC) yang mengujakan itu juga diharap dapat menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat dan negara Timur Tengah untuk berkunjung ke negeri ini.

“"Jadi pengiktirafan sebagai Destinasi Mesra Muslim ini diharap dapat menjadi alat untuk kita menarik perhatian pelancong Timur Tengah untuk datang ke Terengganu. Moga pengiktirafan ini, menjadi pemangkin untuk kerajaan negeri mencapai sasaran menjadikan negeri penyu ini sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa”, kata Menteri Besar ketika berucap dalam majlis berbuka puasa dengan ‘pemain-pemain’ sektor pelancongan di Pulau Duyong pada 24hb Mei, baru-baru ini.


Tingkatkan Sektor Pelancongan 


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudyaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman pula berkata, kerajaan berusaha untuk melipatgandakan usaha mempromosi pelancongan domestik dan antarabangsa akan membawa kesan kepada ekonomi tempatan bagi memastikan sumbangan dari industri pelancongan dapat dimanfaatkan oleh rakyat dan usahawan tempatan dari segi penyediaan pelbagai peluang pekerjaan, 

"Sebenarnya ramai tidak faham dalam bidang pelancongan juga, kita ada pertimbangan Islam dan sebagai kerajaan di bawah pentadbiran PAS sudah tentu kita mahu menitikberatkan pelaksanaan tema Islam itu dalam semua aspek.

Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islamik debgab jaminan kerajaan negeri yang baharu tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelancongan yang telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu malah ia akan ditambah baik.

Ketika ditanya pemberita, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri menolak tanggapan kemungkinan tema pelancongan Islamik itu akan menjejaskan kemasukan pelancong bukan Islam terutama dari negara Barat dan China, dengan berkata, “ia persepsi salah yang perlu diperbetulkan.

"Mungkin di awalnya ada sedikit rasa pelkik dan kurang selesa bagi pelancong bukan Islam, tetapi saya yakin apabila mereka faham mengenainya ia tidak akan menjadi masalah kerana tidak ada apa yang boleh menjejaskan mereka (pelancong bukan Islam)," katanya 

“Sekarang ini kita lihat, negara menerima ramai pelancong Timur Tengah, bagaimanapun sebahagian besar mereka ini tidak datang ke Terengganu. Jika mereka mahu melihat kebudayaan masyarakat Melayu Islam, keindahan pantai, pulau-pulau kita yang menarik, Terengganu sepatutnya menjadi pilihan.” jelas beliau lagi











Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget