NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Makluman Masalah tekanan air rendah dan langkah awal yang telah diambil


SIARAN AKHBAR SEMPENA PERAYAAN AIDIL FITRI 2018 

OLEH AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ingin memaklumkan, beberapa kawasan dijangka akan mengalami tekanan rendah terutama tiga hari sebelum Aidil Fitri dan tiga hari selepas Aidil Fitri.

Ini berikutan permintaan bekalan air yang meningkat secara mendadak disebabkan kembalinya perantau ke kampung halaman dalam jumlah yang besar, penggunaan air akan meningkat tinggi sehingga dua kali ganda, di samping cuaca musim panas dan kering memberi kesan kepada pengeluaran air bersih.

Sebagai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan atau mengelakkan gangguan pada musim perayaan di atas, beberapa langkah awal telah dilakukan;

• Menyediakan sejumlah 116 tangki air statik di kawasan yang dijangka bermasalah.
• Menyediakan 9 buah Lori Tangki Air untuk tujuan penghantaran air ke kawasan bermasalah dan juga mengisi air ke dalam tangki statik.
• Menghentikan semua kerja-kerja penyelenggaraan berkala bermula 10/06/2018 sehingga 23/06/2018.
• Pasukan selenggara siapsiaga pada tiga hari yang cuti semasa Aidil Fitri.
• Taklimat status bekalan air kepada Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakilnya bagi memakluman tindakan AKSB dalam situasi yang tertentu termasuk individu AKSB yang boleh dihubungi dalam keadaan kecemasan.
• Memastikan stok barangan paip dan peralatannya bagi persediaan kebocoran atau paip utama yang pecah. 
• Memastikan semua fasiliti dan kelengkapan loji dalam berkeadaan baik. Stok-stok barangan tertentu juga telah disediakan lebih awal. 
• Lori air telah dipastikan boleh beroperasi bila bila masa sahaja apabila dikehendaki.

Di samping itu juga pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi terutama pada waktu puncak. Sekiranya pengguna atau orang awam melihat kebocoran, kerjasama amat dihargai untuk melaporkan kebocoran tersebut. Kami amat hargai tindakan segera untuk melaporkan sebarang aduan untuk tindakan AKSB. 

Sebarang aduan atau laporan pengguna boleh hubungi Talian Bebas Tol AKSB 15777.

Air Kelantan Sdn Bhd

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo