NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kajian: Malaysiakini portal berita tempatan paling popular



Kajian Laporan Berita Digital Reuters 2018 mendapati Malaysiakini menjadi media paling popular di Malaysia.

Kajian tahunan terhadap penerimaan berita di seluruh dunia itu mendapati Malaysiakini diletakkan di kedudukan teratas dalam akses mingguan dengan 44 peratus.

Ini diikuti dengan The Star Online (32 peratus) dan Berita Harian Online (24 peratus).

Laporan itu dibentangkan dalam satu persidangan media di Singapura.

Laporan yang disediakan wakil Universiti Nottingham kampus Malaysia Zaharom Nain itu menyebut Malaysiakini "mengekalkan reputasi membekalkan berita bebas dan terus mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia, terutama yang letih dengan sajian propaganda".


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo