NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor: Suhaizan Kayat speaker DUN



Hari ini berlangsungnya majlis istiadat angkat sumpah jawatan bagi ADUN Johor. Ahli-ahli dewan juga akan memilih speaker dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas HARAPAN menguasai negeri itu pada PRU-14 lalu.

Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kayat akan terpilih bagi jawatan speaker manakala timbalannya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gan Peck Cheng. 

Suhaizan akan menjadi speaker DUN yang bukan ahli dewan

Suhaizan ialah bekas ketua pemuda PAS yang memulakan kerjaya politiknya di Johor. Selepas pemilihan muktamar PAS pada tahun 2015, beliau keluar daripada PAS dan ikut serta menubuhkan AMANAH dan dilantik sebagai setiausaha organisasi kebangsaan AMANAH.

Pada PRU14, Suhaizan bertanding di kerusi DUN Kukup tetapi kalah kepada calon BN Md Othman Yusoff dengan majoriti 862 undi.







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo