Jangan hina YDP Agong dan Raja-Raja Melayu: Langkah Mayat Kami Dulu - Perkasa



KENYATAAN MEDIA

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI
BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
MERANGKAP AHLI DEWAN TERTINGGI (ADT)

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

6 Jun 2018
12.15HRS

JANGAN HINA YDP AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU: LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU

1. PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) berasa sangat bimbang dengan senario terkini berkaitan penularan perbelanjaan peribadi dan pengurusan DYMM YDP Agong dan gesaan-gesaan agar dihapuskan sistem monarki dan cadangan diperkenalkan pemerintahan berrepublik.

2.  PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) percaya bahawa senario ini dicetuskan bertujuan untuk menggugat kredibiliti dan kewibawaan institusi Raja Raja Melayu ekoran kontroversi pelantikan Peguam Negara yang baharu iaitu Tommy Thomas.

3.  PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) berpandangan penularan perbelanjaan peribadi dan pengurusan DYMM YDP Agong dan gesaan-gesaan agar dihapuskan sistem monarki dan cadangan diperkenalkan pemerintahan berrepublik adalah satu tindakan kurang ajar, biadap, tidak bertatasusila dan tidak menunjukkan ketaatsetiaan kepada DYMM YDP Agong dan sistem demokrasi berparlimen.

4.  Sebagai ketua negara, Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhak untuk tidak mendengar nasihat Perdana Menteri yang berkeras mahukan perlantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara. PERKASA difahamkan Perdana Menteri mengugut untuk meletakkan jawatan dan diberikan jawatan tersebut kepada Lim Guan Eng seandainya Agong masih tidak memperkenankan pelantikan Thomas.

5.  Adakah penularan perbelanjaan peribadi dan pengurusan DYMM YDP Agong dan gesaan-gesaan agar dihapuskan sistem monarki dan cadangan diperkenalkan pemerintahan berrepublik mempunyai motif-motif jahat yang tertentu? Adakah kerajaan Pakatan Harapan ingin  mengajak rakyat untuk memerangi Yang Di-Pertuan Agong dan institusi Raja-raja Melayu?

6.  Permainan politik ala Mafia ini telah menyebabkan ramai bukan Melayu yang telah berani secara terbuka mengkritik Agong dan Raja-raja Melayu terutamanya dalam media sosial  dan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan ke atas Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu.

7.  PERKASA memberikan amaran kepada semua pihak agar menjaga adab dan menumpahkan sepenuh ketaatsetiaan kepada YDP Agong dan Raja-raja Melayu. Kenapakah pula dituduh dan dihina Yang Di-Pertuan Agong kononnya baginda telah dirasuah untuk menolak pelantikan peguam negara serta melengah-lengahkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu?

8. PERKASA memberi amaran yang keras kepada kepada mereka yang bersikap kurang ajar dan biadap. PERKASA akan bertindak agresif dan tidak akan berpeluk tubuh. PERKASA akan tegak berdiri sehidup semati bersama YDP Agong dan mempertahankan institusi raja raja Melayu.

9. PERKASA menggesa agar semua orang Melayu bangkit menyatakan sokongan serta taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Di-Pertuan Agong serta institusi Raja Raja Melayu. Jangan ganggu YDP Agong dan institusi Raja-raja Melayu. Langkah mayat kami dahulu!

Sekian, terima kasih.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget