Isyarat Perwakilan Pemuda UMNO


Kemenangan Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dan kekalahan calon pilihan Khairy Jamaludin, Azwan Bro, adalah isyarat jelas kepada calon Presiden UMNO itu bahawa parti sedang bergerak ke arah pengembalian idealisme perjuangan untuk agama Islam dan bangsa Melayu.

Tindakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang tidak memberi undi kepada Azwan Bro juga seharusnya memberi isyarat jelas bahawa perwakilan UMNO tidak mahu menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung dan tidak berminat menjadi seperti Gerakan, PKR atau DAP dengan membuka keahlian kepada semua kaum dan agama.

Begitu juga dengan kekalahan Dato’ Nurul Zahid sebagai Exco Wanita Malaysia, perwakilan tidak semestinya dipaksa menerima anak Dato’ Seri Ahmad Zahid.

Isyarat ini juga menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO mahu berubah demi untuk membersihkan parti dari dikaitkan dengan pemimpin dan kepimpinan sebelum ini.

Perwakilan hari ini tidak mempedulikan cadangan Ketua Pemuda Bahagian malah mereka memilih dan mencari pemimpin yang boleh membantu memulihkan parti.

Tanggal 30hb ini akan membuktikan sekali lagi bahawasanya Perwakilan UMNO akan memilih Presiden Parti yang ikhlas dan berintegriti dan tidak terkait dengan kepimpinan yang sebelum ini.

Kuasa semasa PRU14 adalah di tangan Rakyat. Kuasa semasa Pemilihan ini adalah di tangan Perwakilan. `Warlords` tidak lagi berkuasa untuk mengarah. Sudah tiba masanya kita berani membuat keputusan sendiri.

Sila sampaikan kepada semua perwakilan.

Selamat Memilih.

Bersihkan UMNO untuk kita Bangkit Semula.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget