Isu Selatan Thailand: Kerajaan Perlu Terus Proaktif




MALAYSIA yang sebelum ini menjadi fasilitator dalam rundingan damai di wilayah Selatan Thai antara kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (MARA Patani) perlu diteruskan peranan tersebut oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lapor Sinar Harian, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Malaysia tidak wajar menghentikan peranan itu walaupun kepimpinan kerajaan sudah bertukar tangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malaysia pelu lebih bersikap proaktif dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan sosio-politik khususnya di wilayah yang bergolak rantau ASEAN termasuklah di selatan Thailand.

"Jika disorot peranan dimainkan Malaysia pada 2006, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri bertindak sebagai fasilitator dalam Rundingan Damai Langkawi antara Kerajaan Thailand dan pakatan.

"Satu pelan damai juga telah dirangka dan beberapa mesyuarat susulan telah dijalankan selepas itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Nasrudin, seperti sebelum ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan keenam, usaha Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai tetap diteruskan.

Bahkan, komitmen tersebut disifatkan sebagai simbolik pro keamanan dan kecaknaan negara terhadap nasib umat Islam seluruh dunia.

"PAS sentiasa konsisten menunjukkan sokongan terhadap usaha kerajaan sebagai fasilitator dalam mana-mana rundingan damai yang telah dan akan dijalankan di rantau ini.

"Contohnya, Pas mengalu-alukan kejayaan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik di Mindanao pada tahun 2012 malah turut menggesa kerajaan agar berusaha merealisasikan pelan damai di Wilayah Selatan Thai dan mesti menjadikan urusan ini sebagai agenda penting nasional," katanya.

Menurut Nasarudin lagi, tindakan yang dilakukan ini termasuklah juga merangka usaha-usaha pembelaan terhadap nasib Islam Rohingnya, Myanmar dengan kehidupan mereka yang semakin diancam.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget