NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Cabar Guan Eng, Tony Berdialog Isu Ekonomi Negara



Sehingga dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, namun kini tiba-tiba pelabur secara berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbillion-billion ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri, Isham Jalil mengajak Lim Guan Eng ataupun Tony Phua berdialog berhubung situasai semasa ekonomi negara.

Cabaran itu dilontarkan terhadap Menteri Kewangan ataupun pegawai khasnya selepas melihat keadaan ekonomi negara yang baik menjadi lebih teruk.

Isham berkata, sehingga dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, namun kini tiba-tiba pelabur secara berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbillion-billion ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu.

“Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan tidak pernah perlu buang orang kerja beramai-ramai namun merancang lagi untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan termasuk mengambil beratus ribu graduan bekerja di bawah SL1M, kini tiba-tiba berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam telah diberhentikan kerja oleh Kerajaan Pakatan. Mereka merancang untuk buang lebih ramai lagi.

“Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan boleh menambah BR1M kepada lebih ramai golongan yang memerlukan kerana keadaan kewangan Kerajaan yang kukuh, kini tiba-tiba BR1M mahu dikurang dan dikecilkan bilangan penerima oleh Kerajaan Pakatan atas alasan hutang negara yang dikira dan dimanipulasi ikut suka.

“YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kata berpuluh ribu orang itu memang patut diberhentikan. YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula kata beliau tidak tahu berbillion pelaburan sudah keluar dari Malaysia. YB Pegawai Khas Menteri Kewangan Tony Pua pula beri alasan pasaran saham jatuh sebab faktor luaran dan bukan salah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Isham lagi, meskipun GST telah dikosongkan, namun harga barang tetap melambung naik begitu juga harga minyak turut dinaikkan juga sehingga 19 sen seliter.

Katanya, Perdana Menteri dan menteri sibuk ingin membongkar skandal sensasi kerajaan dahulu sehingga lupa untuk melaksanakan sebagai kerajaan bagi menangani masalah rakyat hari ini.

“Dalam 40 hari semua ini telah berlaku sekelip mata. Jika tunggu 100 hari, tak tahu apa lagi akan jadi. Jika begini trendnya, ekonomi negara akan menjadi lingkup dan lebih ramai orang akan hilang kerja di Kerajaan mahupun swasta.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bertanggungjawab untuk menegur. Oleh sebab ini, saya ingin jemput YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng atau Pegawai Khas beliau YB Tony Pua untuk berdialog dengan saya secara terbuka berkenaan ekonomi dan kewangan negara termasuklah hutang negara.

“YB-YB pun nampaknya ada banyak masa untuk buat kerja lain dan bukanlah sibuk sangat untuk urus kerajaan dan masalah rakyat,” katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo