Isa Samad letak jawatan pengerusi SPAD



Isa Samad telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang mengesahkan perkara itu berkata Isa menghantar surat peletakan jawatan dua hari lalu.

"Isa Samad telah meletak jawatan, berkuat kuasa serta-merta," katanya semasa sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada seorang wartawan mengenai isu tersebut.

Rabu lepas, Loke memberikan tempoh satu minggu kepada Isa untuk meletak jawatan sebagai pengerusi Spad.

"Saya berharap sebagai bekas menteri, dia boleh melakukan perkara yang terhormat dan meletakkan jawatan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Spad akan dimansuhkan dan tanggungjawabnya akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget