NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Irwan Serigar digugurkan Ahli Lembaga Pengarah TH



LEMBAGA Tabung Haji (TH) memaklumkan, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, tidak lagi menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH.

TH dalam kenyataan hari ini berkata, kekosongan itu akan diisi oleh wakil Perbendaharaan yang baharu sebagai mana termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Laman web TH, turut menunjukkan jawatan beliau dikosongkan sejak 14 Mei lalu.
Mohd Irwan menyandang jawatan berkenaan sejak 2011 atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan.

Bagaimanapun, pada 14 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Mohd Irwan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun 2018.

Mohd Irwan dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 7 Mac 2017 hingga 6 Mac 2019.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini turut memaklumkan Mohd Irwan, bukan lagi ahli Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa 14 Mei 2018, berikutan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuat kuasa pada tarikh berkenaan. - Berita Harian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo