GPS tiada halangan PPBM lebarkan sayap ke Sarawak


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai sebarang halangan terhadap hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk melebarkan pengaruh parti itu ke negeri itu.

Ketua Menterinya Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya bersikap terbuka terhadap isu ini memandangkan banyak parti lain daripada Pakatan Harapan telah mempunyai cawangan di negeri ini.

“Kalau Tun nak menyebarkannya itu keputusan PPBM kerana kita pun ada parti yang lain yang ada sayap di Sarawak ini. tetapi dari sudut Sarawak, memanglah kita akan bekerjasama dalam konteks parti-parti Sarawak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, perkara itu juga tidak dibincangkan dalam pertemuan khas Aidilfitri bersama Tun Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal di Sri Perdana pada Ahad.

Dalam sidang medianya di Yayasan Al-Bukhary petang Isnin, Tun Mahathir berkata parti PPBM sedang mempertimbangkan mewujudkan cawangan parti itu di Sarawak, tetapi tidak di Sabah.

Abang Johari ditemui media ketika melakukan ziarah Aidilfitri ke kediaman Adun Tanjung Datu, yang juga isteri bekas Ketua Menteri Sarawak, Datin Patinggi Jamilah Anu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget