NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gabenor BNM letak jawatan



PUTRAJAYA: Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, hari in, hanya 2 tahun selepas beliau dilantik ke jawatan itu.

Perdana menteri berkata, Muhammad tidak memberi alasan kukuh terhadap keputusan itu.

“Beliau tidak menyatakan sebarang alasan kukuh, hanya menyatakan hasrat untuk meletak jawatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra hari ini.

Beliau berkata, kerajaan belum memutuskan pengganti Muhammad kerana perlu mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Ditanya adakah peletakan jawatan itu ada kaitan pembelian tanah kerajaan atau 1MDB, Dr Mahathir berkata, Muhammad tidak menyebut perkara itu dalam surat peletakan jawatannya.

Dr Mahathir dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan BNM membeli sebidang tanah seluas 22.5 hektar daripada kerajaan Barisan Nasional bernilai RM2 bilion, Januari lalu.

Tanah itu akan dibangunkan sebagai hab pendidikan kewangan yang akan menempatkan Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Akademi Penyelidikan Shariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) dan pembangunan kemudahan latihan serta pendidikan masa depan.

Lim dilaporkan mendakwa kerajaan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang itu untuk membayar hutang 1MDB.

Bagaimanapun, BNM mempertahankan transaksi pembelian tanah itu dengan Muhammad pada Februari lalu dilaporkan berkata, beliau menganggap pembelian tanah mengikut harga pasaran itu sebagai “urus niaga tanpa tekanan”.

Muhammad dilantik sebagai gabenor pada 1 Mei 2016, menggantikan Tan Sri Zeti Akthar Aziz.

Semalam, bekas timbalan gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilaporkan antara calon yang dipertimbangkan untuk menggantikan Muhammad. - FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo