Facebook Malaysia Anjur ‘Hari Runcit’ Bantu Peruncit



KUALA LUMPUR – Facebook Malaysia baru-baru ini menganjurkan ‘Hari Runcit’ untuk 150 pelanggan dan rakan kerjasama yang bertujuan untuk berkongsi strategi industri mudah alih bagi membolehkan mereka mencapai 22 juta rakyat Malaysia di Facebook.

Peserta program tersebut berpeluang meneroka kelebihan Facebook dan strategi penyelesaian bagi meningkatkan perniagaan serta iklan dalam talian yang berkesan.

Program itu juga menampilkan amalan terbaik industri daripada Senheng Malaysia dan StoreHub Malaysia, selain bengkel serta pandangan yang dikongsi oleh pasukan Facebook.

Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata dengan lebih 22 juta pengguna Facebook di Malaysia setiap bulan di telefon bimbit, peruncit di sini sepatutnya bergerak lebih pantas bagi memanfaatkan kuasa mudah alih untuk meraih pertumbuhan dan memacu perniagaan mereka.

“Kami melihat momentum peruncit menggunakan Facebook untuk lebih dekat dengan pengguna, dan pasukan kami komited untuk membantu mereka mencapai hasil perniagaan sebenar hanya menggunakan telefon bimbit dengan menyediakan pandangan industri melalui bengkel, latihan, dan program seperti ‘Hari Runcit’.”

Sementara itu, Ketua E-dagang Senheng Malaysia, Eddy Yap berkata pemasaran melalui Facebook adalah antara cara yang sangat berkesan untuk peruncit.

“Walaupun perbelanjaan iklan digital sering dikaitkan dengan prestasi dalam talian, program ini membuktikan bahawa pengiklanan dalam talian mempunyai kesan langsung pada jualan luar talian.

“Senheng akan terus menggabungkan kaedah dalam talian dan luar talian bagi meningkatkan pengoptimuman penukarannya.” – BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget