Erdogan menang besar




ISTANBUL, 11 Syawal 1439H, Isnin – Recep Tayyip Erdogan menang besar Pilihan Raya Presiden Turki 2018 dengan memperoleh majoriti besar daripada 97.7 peratus undi awal yang dikira, sekali gus tidak memerlukan undian pusingan kedua yang biasa dijalankan.

Dalam keputusan yang membolehkan beliau mengekalkan kerusinya dan menjadi Presiden Eksekutif pertama Turki, Erdogan mengakhiri cabaran Muharrem Ince dengan memperoleh lebih daripada separuh undi yang diperlukan untuk mendapatkan kemenangan mutlak.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tertinggi, Sadi Guven mengesahkan kemenangan dan jumlah undi yang diperoleh Erdogan, sebaik pengiraan di seluruh negara selesai.

"Rakyat Turki telah sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden dan eksekutif," kata Erdogan ketika mengumumkan kemenangannya.

Erdogan, 64 tahun, pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) turut mengumumkan kemenangan majoriti bagi pilihan raya Parlimen negara itu bersama parti gabungan Parti Gerakan Nasionalis (MHP).

Rakyat Turki buat pertama kali membuang undi bagi memilih Presiden dan Anggota Parlimen semalam, dengan Erdogan berusaha untuk menguasai pusingan pertama dan majoriti keseluruhan bagi AKP, sekali gus meneruskan kepemimpinan 15 tahunnya sebagai Presiden dan Perdana Menteri, bermula pada 2003.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Erdogan menewaskan pencabarnya dengan memperoleh 52.5 peratus, berbanding Muharrem Ince yang mendapat 31 peratus. Kira-kira 59 juta rakyat Turki layak membuang undi.

Pilihan raya itu menandakan kali pertama pemilih Turki membuang undi mereka dalam pilihan raya Presiden dan Parlimen serentak, selaras dengan perubahan Perlembagaan yang diluluskan tahun lalu, yang akan mengubah sistem Parlimen negara itu menjadi sistem Presiden Eksekutif.

Antara lain sistem baru itu membolehkan Presiden mempunyai kuasa penuh eksekutif, sekali gus menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan memansuhkan peranan pemantau Parlimen. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/25/erdogan-menang-besar/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget