NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Azman Turun Padang Jumpa Petani


YB Dr Azman Solat hajat bersama petani Baruh Gong Telikong Besut sempena permulaan musim baru
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkesempatan turun padang berjumpa petani Baruh Gong Telikong, Bukit Tanah, hari ini.

Beliau turut menyertai majlis solat hajat memohon Allah S.W.T memudahkan urusan para petani yang mula turun ke sawah untuk musim baru agar memberkati setiap titik rezeki yang dikurniakan.

Malah, beliau turut membantu menangani beberapa isu berkaitan pengairan dan kemudahan asas yang dialami petani kawasan itu termasuk, langkah awal perlu disediakan BERNAS terhadap kemungkinan berulangnya lambakan padi ketika musim menuai nanti.

Difahamkan, daerah Besut terutama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) ialah zon pengeluaran padi utama negeri Terengganu dengan kapasiti hampir 80 peratus.

Kawasan Lubok Kawah antara yang paling subur dengan kadar pengeluaran per hektar paling tinggi sekitar lebih 9 tan sehektar.

Dalam pada itu, Dr. Azman turut mengharapkan bumi Terengganu terus subur dengan keberkatan dari Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki para petani negeri ini.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo