NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DPIM tidak setuju cadangan jual Petronas





Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menolak idea sebuah bank pelaburan yang mencadang­kan kepada kerajaan untuk menjual 25 peratus pegangan sa ham dalam Petronas bagi mengurangkan bebanan hutang negara yang mencecah RM1 trilion

KUALA LUMPUR 1 Jun –Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menolak idea sebuah bank pelaburan yang mencadang­kan kepada kerajaan untuk menjual 25 peratus pegangan saham dalam Petronas bagi mengurangkan bebanan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Pemangku Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din berkata, setakat ini tiada keperluan bagi kerajaan dan Petronas untuk menjual pegangan saham tersebut dan syarikat petroleum negara itu masih mampu mencatatkan keuntungan walaupun berdepan kejatuhan harga minyak dunia.

Bagaimanapun katanya, DPIM bersedia untuk bersetuju de­ngan bersyarat sekiranya terdapat keper­luan yang sangat mendesak bagi mengapungkan 25 peratus saham Petronas untuk kerajaan mendapatkan dana.

“Baki 75 peratus saham perlu diwakafkan sebagai jaminan kepada rakyat bahawa tiada lagi pega­ngan saham yang akan dijual pada masa akan datang dan Petronas juga perlu menebus semula saham-saham berkenaan jika ber­upaya untuk berbuat demikian.

“Hakikatnya sudah banyak syarikat berkaitan kerajaan yang tenat atau hampir gulung tikar kerana campur tangan politik yang melampau. Kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah dan tidak mengambil jalan mudah serta bersifat jangka pendek dengan menjual saham dan aset negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penerbitan artikel dalam akhbar berbahasa Inggeris yang mencadangkan kerajaan untuk menjual 25 peratus pegangan saham Petronas sebagai jalan penyelesaian bagi membayar hutang negara.

Tambah Mohammad Sahar, satu formula yang mantap harus dibentuk untuk mengelakkan syarikat milik kerajaan (GLC) berwibawa antaranya Petronas, Felda, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji daripada terlepas pada masa depan.

Menurutnya, mekanisme yang lebih sesuai adalah dengan mewakafkan GLC bagi menjadikan syarikat-syarikat berkenaan sebagai sebuah badan wakaf korporat kebangsaan termasuk GLC lain di peringkat pusat dan negeri.

Katanya lagi, terdapat badan-badan wakaf korporat seperti Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan AWQAF Holdings Berhad yang bersedia berkongsi idea dan kepakaran bagi membawa agenda wakaf korporat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Badan-badan ini juga bersedia memikul tanggungjawab memimpin gagasan wakaf korporat bagi menjamin warisan GLC seperti Petronas dapat dikekalkan berpanja­ngan untuk manfaat rakyat.

“Dengan adanya agenda wakaf korporat yang telah dilaksanakan dan te­lah diberi sokongan perundangan oleh Majlis Agama Islam negeri, DPIM yakin dan percaya bahawa ia merupakan satu formula yang dapat melindungi kepentingan seluruh generasi rakyat Malaysia pada masa depan,” kata beliau.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo