NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Demo sokong Raja-raja Melayu di KL

   


Sekumpulan orang ramai terdiri daripada gabungan NGO 'Pemantau Malaysia Baru' hadir pada himpunan Selamatkan Institusi Islam dan Raja Melayu.

Himpunan berkenaan yang diketuai Ketua NGO berkenaan, Datuk Lokman Noor Adam diadakan di hadapan Kompleks Pusat Islam- bersebelahan Masjid Negara selepas solat Jumaat, hari ini.

Selain berhimpun, mereka turut membaca sumpah lafaz baiah yang diketuai Lokman bagi mempertahankan institusi Islam dan raja-raja Melayu.

Pada perhimpunan itu, rata-rata peserta yang memakai baju berwarna hitam turut membawa sepanduk yang mempunyai gambar wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dengan kesan tapak kasut serta bertulis "Jangan kurang ajar!".

Selain itu, sepanduk bertulis "Daulat Tuanku" serta "Jangan perlecehkan Raja-raja Melayu" turut dibawa.

Slogan "Hidup Islam" serta "Hidup Melayu" turut dilaungkan.

Antara lafaz baiah yang dilafazkan, mereka berjanji akan mempertahankan hak istimewa Melayu dan bumiputera di Malaysia serta membela institusi dan kesucian agama Islam.

Malah mereka juga bersumpah akan memerangi sesiapa sahaja yang memperlekehkan atau menghina hak istimewa Melayu serta Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, ketika NGO berkenaan ingin mengadakan sidang media selepas berhimpun kira-kira 30 minit, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang individu cuba bertanya soalan kepada Lokman.

Individu yang tidak dikenali itu mempertikaikan tindakan NGO berkenaan mengadakan himpunan.


Kemudian berlaku adegan tolak-menolak sebelum lelaki itu dibawa pergi oleh pihak polis.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo