NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP mahu merealisasikan agenda 'Malaysian Malaysia'?


oleh: Dr Mohd Zuhdi Marsuki  
Bagi mengaburi masyarakat Bumiputera tentang pelaksanaan agenda tersebut, tema yang ditonjolkan ialah Malaysia Baharu

SETELAH hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'Malaysian Malaysia'.

Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU14.

Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu.

Secara tidak disedari, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu.

Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindak balas tegas oleh masyarakat Bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini.

PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya.

Bagaimanapun, bagi mengaburi masyarakat Bumiputera tentang pelaksanaan agenda tersebut, tema yang ditonjolkan ialah Malaysia Baharu, iaitu satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan Kontrak Sosial kepada asas yang baru.
Asas baru tersebut, tiada lagi keistimewaan kepada kaum tertentu dan juga kedaulatan agama tertentu.

Perubahan rupa bentuk Negara Malaysia seperti ini, apalagi jika dilakukan secara drastik boleh meruntuhkan empat tonggak Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi teras kestabilan politik dan keharmonian kaum. PPP memperingatkan semua pihak supaya tidak meletakkan harga yang murah terhadap keempat-empat tonggak tersebut:

● Islam adalah Agama Persekutuan
● Kedaulatan Raja-raja Melayu
● Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
● Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak


– Dr Mohd Zuhdi Marsuki merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo