DAP intai kerusi Speaker Dewan Rakyat...




Sebagai parti yang menangi 42 kerusi di Parlimen, kedua paling banyak dalam Pakatan Harapan, DAP khabarnya mengintai tempat duduk Speaker Dewan Rakyat.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh di sebut-sebut sebagai calon utama untuk jawatan tersebut.

Yeoh, dilaporkan menjadi pilihan partinya DAP dan menurut beberapa laporan media, namanya berada teratas dalam undian yang dijalankan oleh Facebook.

Ketika dihubungi, beliau enggan mengulas sambil berkata pengumuman itu harus dibuat oleh kerajaan.


Biarlah kepimpinan (gabungan Pakatan Harapan (membuat keputusan dan mengumumkannya, kata beliau dipetik Bernama.

Satu lagi nama adalah bekas menteri Tan Sri Rais Yatim yang baru menyertai PPBM selepas PRU14 lalu.

Rais, bekas menteri Kabinet yang berkelulusan dan berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dilhat sebagai calon utama, bahkan sebuah harian berbahasa Inggeris membuat spekulasi bahawa beliau adalah calon pilihan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan itu.

Dalam temubual dengan satu lagi harian berbahasa Inggeris yang disiarkan hari ini, Rais berkata spekulasi itu hanyalah desas-desus yang tersebar.

"Ia seperti lima tahun lepas (selepas PRU13). Nama saya disebut-sebut dan tiada apa yang berlaku. Ia boleh berlaku dengan cara ini sekali lagi," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, nama calon bagi jawatan speaker mesti dikemukakan kepada setiausaha Parlimen sebelum proses undian yang harus dijalankan sekurang-kurangnya 14 hati sebelum mesyuarat pertama diadakan.

Speaker tidak perlu menjadi anggota Dewan Parlimen, yang bermaksud anggota Parlimen dan bukan anggota Parlimen layak menjadi speaker dan kedua-dua pihak dibenarkan mengemukakan nama.

"Jika hanya seorang calon memenuhi syarat yang diperlukan, beliau secara automatik dipilih sebagai speaker. Jika tidak, undian sulit perlu dijalankan dengan calon yang dipilih ditentukan berdasarkan simple majority."-23/6/2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget