Cuepacs:Bukankah RM500 diluluskan Parlimen?


BAYARAN khas RM500 untuk penjawat awam yang diluluskan Parlimen menerusi Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu disifatkan perangkaan rasmi negara


Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]


BAYARAN khas RM500 untuk penjawat awam yang diluluskan Parlimen menerusi Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu disifatkan perangkaan rasmi negara.

Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, bayaran khas bagi membantu lebih 1.6 juta kakitangan sektor awam menjelang Aidilfitri itu ialah sebahagian daripada peruntukan belanjawan.


"Hari ini, kerajaan baharu kita buat pemotongan RM100 daripada peruntukan yang diluluskan. Itu pemerhatian CUEPACS.

"Dalam keadaan ketika ini, ahli kita mengharapkan bantuan berkenaan sempena lebaran, namun ia tidak bermaksud CUEPACS membantah.

"Kita jangkakan lebih daripada itu, sebaliknya sekadar RM400," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam, iaitu RM1,000 diberikan pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750, iaitu RM500 diberikan pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri bagaimanapun mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM400 kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

Ditanya sama ada pemotongan RM100 itu perlu disalurkan kemudian, Azih berkata, harapan CUEPACS kepada kerajaan untuk merencana penambahbaikan terhadap sektor awam pada masa depan masih panjang.

Sehubungan itu, katanya, bantuan bersesuaian dengan kadar lebih baik berkemungkinan berupaya disalurkan di peringkat persekutuan bagi memperkasa penjawat awam.

"Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan kerana prihatin menjelang Aidilfitri yang bakal tiba dalam 15 hari lagi.

"Jualan pun sudah nak habis, justeru pemberian 'bonus' raya ini dapatlah memberi peluang kepada penjawat kerajaan beli barang keperluan untuk anak-anak mereka.

"Ini sangat ditunggu-tunggu penjawat awam. Terima kasih Tun Dr Mahathir dan kerajaan kerana prihatin kepada penjawat awam," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget