Biduk Berlalu Kiambang Bertaut


Oleh: Rijaluddin Hj. Ahmad

Rakyat sudah menunaikan kewajiban mengundi. Warga sudah bersuara. Seramai 12,229,554 (82.32%) warga keluar mengundi  nekad menentukan wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.  Dengan keyakinan anak-anak muda dan silent voters, mereka sepakat menolak Barisan Nasional (BN) outright.  Ini satu deklarasi bahawa rakyat sudah muak dengan pentadbiran BN selama 60 tahun.
            Mesejnya amat jelas: rakyat tuntut perubahan dan rakyat pilih Pakatan Harapan (PH) untuk lakukannya kali ini. Rakyat sudah berikan peluang enam dekad lamanya kepada BN.  Warga sudah berikan amaran dalam PRU-13 dengan menafikan majoriti dua pertiga BN. Tetapi pimpinan BN alpa dan masih lena. Bukan sahaja BN over confident, media antarabangsa termasuk pemain ekonomi terkenal dunia seperti Bloomberg (http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/732537-what-bloomberg-has-to-say-about-najib-is-bad-news-for-dr-m.html) pun pernah meramalkan kerajaan BN akan kekal dalam PRU-14.
Semua telahan itu silap kerana kuasa penentu sebenar kembali kepada rakyat Malaysia.  Itulah hebatnya sistem pilihanraya amalan demokrasi moden. Kali ini, rakyat Malaysia sudah matang. Warga sudah bijaksana tentang ilmu politik dan betapa pentingnya rakyat memainkan peranan besar menentukan hala tuju kerajaan setiap lima tahun menerusi peti undi.
Secara mudah, tiga (3) faktor utama menyumbang kepada tsunami berkenaan dan mengakhiri zaman kegemilangan Barisan Nasional. Kemarahan anak muda   atas pelbagai isu yang menghimpit mereka seperti GST, peluang pekerjaan, kos sara hidup  yang semakin naik, harga barangan dan kemudahan seperti kereta dan rumah yang mahal dsb banyak menyumbang kepada swing di peti undi.
Kaum Cina dan India (kini PH menuntut dihapuskan panggilan kaum atau bangsa Melayu, Cina, India, Kadzan, Melanau dan sebagainya, digantikan dengan “bangsa Malaysia”) nekad dengan keputusan maksimum menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, sebaliknya memilih PH untuk mewakili hasrat dan keperluan mereka sepanjang lima tahun mendatang.
Tidak kurang juga “sumbangan” keruntuhan  kerajaan BN yang ditunjangi parti ‘keramat’ Melayu UMNO adalah kerana “cah keting” ahli UMNO dan sekutunya sendiri kerana amarah dan suara kehendak mereka tidak dilayan sepenuhnya oleh parti.  Sebahagian penganalisis berpendapat ini pernah berlaku dalam PRU-13 dan juga sebelumnya. Namun kali ini kesannya amat berbisa sehingga mampu menumbangkan calon-calon UMNO dan sekutunya MCA, Gerakan, MIC dan PPP.
Apa pun, jom kita bina “Malaysia Baru” yang dimenangi “pembangkang” BN selama 60 tahun lamanya.  Ini kalilah mereka berjaya dengan sekutu blok politik PKR- Amanah-PPBM-Warisan. Walaupun suara rakyat yang berjaya dikautnya hanya sekadar 50.5% namun kejayaannnya dengan 122 kerusi Parlimen melayakkannya menjejakkan kaki mengambilalih pemerintahan daripada Kerajaan BN menerusi majoriti mudah berdasarkan agihan kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Tak dapat dinafikan peranan utama yang dimainkan oleh Tun M yang walaupun kudrat umur tak semana, tetapi nafsu, semangat dan tekad yang beliau tunjukkan jauh melangkaui keupayaan “manusia biasa”, walapun pada ukuran standard antarabangsa. Syabas Malaysia memiliki seorang Perdana Menteri ke-7 yang memecah rekod politik dunia berjaya menjadi Ketua Kerajaan buat kali kedua pada umur 92 tahun!
Bab ini – semua kita kena tabik spring kepada Tun M yang sekali lagi berjaya melakarkan Malaysia di peta dunia. Ada yang mula berkata: “Harimau Asia” sudah mengaum  semula. Apakah keberanian ‘kebangkitan rakyat’ atau “Malaysian Spring” ini boleh menjadi unsur domino politik ke negara lain di rantau Asia Tenggara – cukup menarik untuk kita perhatikan. Atau, apakah impian DSAI berkaitan “Asian Rennaisance” mula menampakkan bibitnya secara jelas?
Kerajaan Pakatan Harapan masih baru berumur kurang sebulan. Terlalu banyak institutional reforms dan pembersihan yang perlu mereka lakukan menurut YAB Tun M. Kabinet Menteri pusing pertama baru dilantik dengan bantuan Council of Eminent Persons dan Institutional Reform Committee untuk membantu kerajaan. Mereka minta rakyat bersabar sekurang-kurangnya dalm tempoh 100 hari pertama.  Kalau rakyat berani tunggu 60 tahun untuk mengubah haluan, pastinya 100 hari tidak menjadi masalah.
Semoga Malaysia terus maju. Ramai pemimpin dan warga menyuarakan  jangan ada perasaan dendam dalam kepimpinan baru PH ke atas pimpinan lama. Dakwalah sesiapa yang bersalah atas Rule of Law yang acapkali disebut oleh YAB Tun M sendiri sebagai asas pentadbiran barunya. Jangan malukan ‘Malaysia Baru’ dengan pelbagai retorik atau kenyataan statistik kebudakan yang akhirnya boleh memperlihatkan ketidak-bijaksanaan yang melulu hanya kerana ingin mendapatkan sedikit political mileage.

Pepatah orang tua-tua ada menasihatkan: Biduk berlalu kiambang bertaut. Inilah sebahagian mutiara kehalusan budi dan wisdom yang kita warisi. Semoga kerajaan PH dapat bermula di atas prinsip mulia ini, hendaknya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget